Thursday 12 April 2012

XPDC kumpulan Dok Boyan

Perjalanan xpdc saya bermula pada pukul 9 mlm bersama teman saya, Salleh. Dia mengajak saya ke Tampines dimana seorang wanita misteri di percayai berteduh di sebuah pokok berdekatan dengan Blk 286. Kami ingin mengetahui sama ada wanita itu adalah manusia biasa atau bukan. Setiba disana, kami mencari tempat wanita misteri itu berdiri seperti mana pernah di kongsi cerita oleh salah seorang momok.


Setelah itu, Salleh membawa saya ke kubur Boyan kerana dia ingin tunjukkan pada saya kubur nyainya. Ia terletak di Bedok berdekatan dgn Blk 73.  Di sana, kami hanya masuk sebentar sahaja tidak jadi hendak masuk ke dalam kerana naluri sahabat saya mengatakan jangan masuk.

Setelah kami keluar dari kubur Boyan, kami berdiri sebentar di luar melihat keadaan sekeliling dan kawasan persekitaran kubur Boyan.


Sambil menikmati kesunyian malam kami meninjau-ninjau kawasan tersebut. Kami dapati sebuah pokok yang daunnya bergerak gerak seperti di tiup angin, yang menghairankan kami tiada pokok lain yang bergerak melainkan yang satu ini. 


Setelah itu, kawan saya menghantarkan saya ke Jurong Point dimana saya melakukan xpdc seterusnya bersama teman sekerja serta anak sedara saya. Ia bermula pada 11.30 malam dan tempat pertama yang kami teroka adalah di bahagian Boon Lay, Corporation Road. Di sana, salah satu teman saya pernah ternampak pocong dan selain dari itu, ada juga cerita mengenai penampakan seorang lelaki yg berwarna merah kemerahan. Gmbr nya seperti berikut. Kami berada di sana lebih kurang 30 min sahaja. Nampaknya perjalanan kami tidak sesia, ia telah membuah keberhasilan lihat gambar tertera di atas.


Tempat seterus ialah Jalan Bahtera. Setibanya disana, kami di sambut tangisan suara wanita yang bunyinya seperti meraung-raung. Tapi setelah di teliti, suara itu datangnya dari suara budak budak sekolah yg mengadakan camp fire di tempat Sarimbun Scout Camp. Kuss Mangat... hehehe





Setelah kami dapati yang tempat tersebut tidaklah menyeramkan, maka kami beralih pula ke New Tiew Road bertempat di Lim Chu Kang. Di sana, kami bergambar, petik video dan merakam suara kawasan tersebut.






Setelah puasa memetik gambar, kami ke Dairy Farm pula. Sebelum sampai kesini, saya mmg sudah tak sedap hati dari sejam sebelumnya. Malam tu memang rasa semacam aje tapi oleh kerana teman-teman dan anak sedara saya belum pernah kesini, saya temankan dan menunjukkan jalan. Kita memetik gambar sepuas nya dan setelah itu kami pun ke kedai makan untuk badok. Sekian..



Jangan terlalu taksub ia hanya sebuah hiburan semata.

No comments:

Post a Comment