Tuesday 24 April 2012

Tuju-tuju


Kisah ini terjadi di quaters t.t.c kita tinggal di barrack staff. Ssatu pagi di tahun 1972 bulan september. My mom sedang bersiap untuk bertugas sebagai seorang amah bekerja dengan keluarga orang putih.

Sedang mak saya sedang buka pintu maka terlihat bebola api jatuh di depan pintu rumahnya. Mak saya terperanjat tapi dia terus kan juga perjalan ke tempat kerja. Bila petang mak balik dari kerja dia beritahu nenek apa yang telah terjadi pada pagi hati itu.

Nenek mengomel lalu memarahi mak kerana tetap pegi kerja? Mak hanya diam membisu. Kemudian waktu magrib mak berdiri di jendela macam sedang termenung. Waktu itu saya masih kecil berumur lapan tahun di dalam darjah dua dan ketika itu sdg duduki peperiksaaan. Beberapakali saya memangil emak saya tapi mak saya tetap diam sahajae.

Lepas tu masing-masing masuk tido. Kurang pasti pukul berapa mak saya tidur malam itu. So tengah malam kita seisi rumah di kejutkan, terperanjat sebab tak semena-mena gigi my mom terkancing macam kena fit. Bapa saya ambil sudu masukkan dalam mulut mak. So kita pun panggil lah jiran-jiran minta tolong.

Abang saya segera ke somerset road untuk memanggil kawan baik mak saya. Beliau memang boleh pakar perubatan. Bila dia sampai di rumah dia pun segera hampiri dan memanggil-manggil nama mak. Tetiba kakak saya ternampak pijak-pijak. Pabila kakak cuba memicit emak, makcik ni tak kasi tapi dia sendiri yg picit.

Tanpa di sedari Makcik tersebut seolah tersampok. Dengan segera bapak saya menghanatar emak saya ke hospital. Amat tidak masuk akal dokter kata dalaman mak saya telah hangus. Lalu emak segera di operate.

Seminggu kemudian emak meninggal dunia, tinggallah kami kami adek beradik yg dari umur 18 tahun hingga 6 tahun. Semua belom berkawin. Apa yang terjadi dengan sahabat emak saya beliau mengalami strok sehingga ke akhir hayat dia.

Puas berubat tapi di takdirkan tidak dapt di pulihkan. Beliau meninggal pada tahun 2000.Begitu lama beliau menangung sakit dan merana dari tahun 1972 sampai tahun 2000.

Saya sedih emak saya seorang yang sangat baik hati tapi masih ada orang yang hendak menzalimi emak saya. Setelah itu kami mendapat tahu tuju-tuju tersebut di tujukan pada orang lain tapi terkena mak saya.

Alfateha buat emak dan sahabatnya.

Sumbangan dari Sis Noor Iba

No comments:

Post a Comment