Sunday 8 April 2012

6 budak kepala botak hitam bogel (toyol)

Ni foto saya dan my eldest brother. Cerita ni terjadi semasa saya breumur 3 tahun. Masa mudanye dia manager kugiran Siglap Five dengan Jeffredin. Rumah saya dahulu di tahun 60an kat Geylang Jln Pengaga ramai artis 60an pratice band dan menyanyi. My brother ni masa tu selalu ikut Siglap Five buat show kat majlis org kawin dan juga nightclub. Satu malam dia balik pukul 2 pagi, dalam perjalanan nak balik umah dia di kelilingi oleh 6 budak kepala botak hitam bogel (toyol) mintak duit sambil menarik-narik baju dan seluarnya. Sampai sahaja didepan pintu rumah dia berteriak ketakutan dan ketuk pintu bagai hendak pecah tetapi tiada siapapun yang bangkit dan dengar. 
Akhirnye dia pengsan kat depan pintu. Keesokan harinya ibu saya buka pintu dan ternampak dia tertidur depan pintu. Memang sering terdengar org sebelah menyebelah mengadu kehilangan wang. Di pendek kan cerita org kampung bertekad beramai-ramai ke rumah jiran blakang yang di dapati membela toyol-toyol tersebut. Ada yang erlalu marah sehingga hendak membawa kepala khinzir serta menghalau jiran tersebut keluar dari kampung. 
Ternyata benar, jiran belakang ada memelihara toyol. Kerana takut tembelangnya pecah dan tersebar luas jiran tersebut pun keluar dari kampung dan abang saya mula merasa serik untuk pulang lewat malam lagi.
Cerita ini telah di sampaikan terus oleh Sis Hany Abu tertera gambar di atas. Kami warga Mj12momokz ingin mengucapkan ribuan terimakaseh pada Puan Hany Abu. Apabila saya amati jalan cerita ini terus saya teringat tentang lagu 10 budak hitam nyanyian Biduan Aziz Ja'afar dan Biduanita Saloma.

Adakah lagu sepuluh budak hitam adalah lagu ciptaan tersebut khusus mengenai toyol-toyolan yang bermaharaja-lela di zaman 60an dahulu... hehehe hanya satu santaian sahaja.

Coba kita lihat perhatikan youtube lagu dan liriknya



Sepuluh Budak Hitam
Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan

Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan

Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey...

Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima

Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat

Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga

Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua

Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati hey...
Hey budak hitam... budak hitam... budak hitam

No comments:

Post a Comment