Monday 23 April 2012

Ganguan Misteri


Hari ni teman kita Aisha nak bercerita tentang peristiwa yg dialami oleh makcik Aisha, iaitu adik ipar kepada Mak Aisha. Makcik Aisha ni jenis lemah semangat sikit, jadi dia sering jugak terkena gangguan.

Makciknya pernah menceritakan byk kejadian yg dia pernah alami. Masa dia belom berkahwin dgn pakcik Aisha lagi, pernah suatu hari dia balik ke rumah dan makan nasi yg masih panas2 dia dlm periok dgn tangannya. Dia ambil periok nasi tu, dgn tangan jugak dia makan dgn lahap, abis satu periok! tak kira panas, dia makan sampai habis! keadaan nya dilihat arwah ayahnya.. kemudian ayah nya tu (yg tau sedikit sebyk hal ghaib) bertanya pada nya.. "kau lapar?" dia tak menjawab tapi bersuara dgn kasar.. "hmmmm!"

Kemudian ayahnya tanya lagi, "kau dari mana?" dia menjawab "dari sana!! atas bukit!" ayahnye tanya lagi, "nama kau siapea?" dia menjawab nama nya Si Pulan Binte Si Pulan. Ayah makcik Aisha tu sudah pasti, yg makcik Aisha sudaa dirasuk makhluk halus. Ayahnya pon buat apa yg sepatutnya dgn ayat al-quran dan sebagainya, sehingga la makcik Aisha tu sembuh.

Beberape tahun selepas tu, makcik Aisha pon bernikah dgn pakcik Aisha. Mereka tinggal di AMK, flat 4 tingkat bersebelahan dgn Mayflower Sec Sch. Rumah mereka di tingkat 2. Tak berapa lama makcik Aisha mengandong anak sulong mereka. Mcm2 gangguan yg dialami nya. Ketika dia seorang diri dirumah, makcik Aisha sering terdengar suara memanggil nama penoh nye dari tingkap dapur yg mengadap sekolah tu.

Sedang dia mencuci pinggan mangkok atau sedang masak, suara tu selalu memanggil dari tingkap dapur! tapi bila dia menoleh, takde sesiape! Pernah jugak pakcik Aisha di tengah mlm pegi ke dapur nak minom air, setelah cuci gelas nya, dia jalan nak masok balik ke dalam bilik. Dia nampak isterinye tu sedang berdiri terjegat di corner ruang tamu! sedang kan tadi makcik Aisha sedang nyenyak tido!

Pakcik Aisha tu da berasa tak sedap hati.. dia pejam kan mata, baca sesuatu bila dia buka mata, makcik Aisha tu takda lagi di situ.. dia masok bilik dan memang lah makcik Aisha yg sarat mengandong tu masih lagi tido di atas katil!

Pernah juga, waktu makcik Aisha seorang diri di rumah, suami nya pulang lewat dari kerja. Tiba2 ada org ketuk pintu. Bila dia buka, takde org diluar! Kemudian bunyi cakar2 di pintu beberape kali! Dia mati kan diri di dlm rumah tak berani bukak pintu lagi sampai la suami dia balik dan buka pintu sendiri.

Ada juga semasa mereka berdua sedang tido, tiba2 pakcik Aisha diganggu, antara didalam mimpi dan nyata, ade seorang perempuan datang padanye. Perempuan itu mulanye meminta anak dalam kandungan makcik Aisha. Pakcik Aisha kata tak boleh! tak mungkin! Perempuan tu jadi marah, dan meminta dgn kasar! Pakcik Aisha tu di dalam mimpinya tetap katakan tak bole berkali2! sampai la Makcik Aisha sedarkan dia dari mimpi burok nya tu.. tapi Pakcik Aisha kata, itu bukan seperti mimpi, tapi seperti nyata kejadian di dalam biliknye tadi.

Sepupu perempuan Aisha dilahirkan sempurna Alhamdulillah.. dia da berumur 20 tahun sekarang. Tapi, dia juga lemah semangat mcm ibunye. Sepupu Aisha tu byk kali menceritakan Aisha tentang pengalaman ngerinya.. hingga ke hari ni.

Aisha akan sambung tentang ceriter sepupu Aisha tu nanti ok. :)

Terima kasih kerana sudi membaca.
Dari Aisha

No comments:

Post a Comment