Wednesday 18 April 2012

Nenek


Selamat malam semua, sementara menantikan MJ12, saya ingin berkongsi cerita ibu tentang pengalaman nenek saya yang terjadi Rabu lepas. Setiap hari, ibu akan kerumah nenek untuk meluangkan masa bersamannya sehingga makcik saya pulang dari kerja. Namun pada hari tersebut, ibu lupa untuk menelefon nenek untuk memberitahunya yang dia tidak dapat datang untuk bersaman nenek.

Nenek bersendirian dirumah pada hari itu dan kerana letih dan ngantuk setelah makan ubat pada waktu petang, dia terlelap. Bunyi petir yang kuat membuat dia tersadar dan keluar dari biliknnya untuk menutup tingkap di ruang tamu. Ruang tamu pada ketika itu gelap kerana hujan dan cuaca mendung, sedang dia keluar kepintu, dia tergamam kerana terlihat ada susuk wanita menyangkung di bawah tingkap berwajah ibu saya namun rambut wanita itu sungguh masai sekali. Nenek yang ketika itu seperti dalam khayalan, berkata "Rubi, rubi..." memanggil nama ibu saya. Wanita itu merenung tepat kepada beliau dan tersenyum. Nenek pusing ke kamar kecil dibiliknnya untuk mencuci muka. Bila dia kembali ke ruang tamu, wanita itu sudah hilang. Berapa minit kemudian, ibu menelefon nenek, dan nenek berkata kepadannya, "Tadi kau datang eh?" Ibu terperanjat lalu berkata yang dia ada di klinik bersama adik saya.

Gangguan sebegini ini selalu berlaku kepada nenek saya yang sudah uzur, namun dia masih lagi kuat untuk tinggal bersendirian dirumahnnya.


Nanti kalau saya ada masa, saya akan ceritakan lagi pengalaman beliau semasa muda ya, esp the time when she admittted to hospital dan ternampak ular besar jadian di dalam ward ICU! hehe enjoy reading!

Kami menantikan cerita dari Haney lagi... 

No comments:

Post a Comment