Saturday 1 September 2012

Sihir

Sumbangan Liyan Azman

Salam semua Geng MJ12. Saya ingin ketengahkan peristiwa yg berlaku pada awal tahun ini mengenai apa yg berlaku kepada ibu mertua saya yg di aniaya melalui sihir. Terlebih dahulu Saya telah meminta izin dari abg ipar saya utk berkongsi kejadian ini. Siapa tahu boleh mendapat iktibar & manfaat apa yg bakal dikongsi. Cuma agak panjang ceritanya :)


Kejadian ini berlaku pada hari Isnin dalam waktu Isya'. Ketika itu abg ipar saya sedang duduk diruang tamu membelakangi tingkap menonton tv. Beliau terbau tiba2 bauan yg busuk dan pada yg sama merasakan ada kehadiran sesuatu dibelakang beliau. Beliau menjeling dan nampak seperti susuk lembaga hitam memerhatikan beliau. Lalu beliau memejamkan mata sambil membaca ayatul kursi. Bila membuka mata dan menjeling semula, lembaga itu sudah hilang. Pada malam tu juga dalam jam sekitar 1pagi, ibu mertua saya sedang duduk membaca akhbar dlm biliknya. Tiba2 terdengar bunyian (kurang pasti dari mana arah datangnya bunyi tersebut). Ibu mertua saya lalu mendongak melihat ke arah bunyian tersebut tetapi tidak mendapati yg mencurigakan. Bila beliau ingin sambung membaca, penglihatannya menjadi kabur. Mungkin kepenatan bisikan beliau. Keesokan hari, masih sama pandangannya. Bila menonton tv, cuma nampak bentuk tv tapi bukan isi rancangan tv. Bila melihat cermin..tiada kelihatan wajahnya. Beliau sudah mensyaki sesuatu yg tidak baik sudah berlaku pada dirinya.

Pada hari selasa, saya rasa seperti sesuatu yg tidak kena kerana bahagian kanan saya seperti kebas dan sebal. Waktu petang ketika saya sedang membawa anak2 saya jalan2 di pusat membeli belah, isteri saya menelepon dan memberitahu mengenai keadaan ibunya dan ibunya ingin berbual dgn saya. Saya beritahu "takpe nanti kita jumpa ibu besok selepas u balik kerja" kerana pada tiap2 malam selasa, ada kelas agama dirumah ibu mertua.

Ustazah yg kendalikan kelas agama ada memberitahu ibu mertua saya bahawa ada gangguan sihir dan memberi air zam zam tetapi tiada perubahan.

Pada hari rabu sebelum maghrib, saya dengan isteri datang ke rumah ibu mertua saya. Ibu mertua minta bantuan dan ingin pendapat saya. Kawan2 beliau ada mensyorkan supaya pergi berubat dgn seorang ustaz terkenal (ada bayaran).
Saya memberitahu ibu"kalau emak minta kepada saya atau sesiapa..belum pasti hajat atau keinginan terlaksana tapi bila minta kepada Nya..sudah pasti dipenuhi" ~Ud'unni astajiblakum~. Insya Allah, kita sama2 berusaha. Terlebih dahulu, abg ipar saya akan membawa ibu mertua saya membuat peperiksaan mata untuk pastikan yg matanya tiada kena mengena dengan penyakit saintifik seperti kencing manis dan sebagainya kerana ibu mertua memang ada sejarah kencing manis dan 'low sugar level'.

Bila menjelang maghrib, bau busuk mula timbul. Selepas tunaikan sholat maghrib, saya mulakan wiridan 'memagar rumah'.

Beberapa hari sebelum terjadinya kejadian ini, ibu mertua saya telah mengalami sebuah mimpi. (Secara ringkas) Dalam mimpi itu, beliau telah dikejar lalu dikepung oleh seorang lelaki cina. Lelaki cina tersebut telah menikam beliau ditengkuk. Dalam kepayahan beliau dapat meloloskan diri lalu tersadar dari mimpi. Juga sudah dua kali ibu mertua dicuba oleh orang yg sama tetapi beliau dapat bertahan. Cuma kali ini dicubai dgn penyihiran salah satu pancaindera baru berjaya.
Dipendekkan cerita, Pakar Perubatan hospital mengatakan tiada apa2 masalah dgn mata ibu mertua saya. Oleh itu, saya menyuruh abg ipar saya menyediakan dauh sireh yg bertemu urat untuk perubatan mata ibu mertua saya. Saya syorkan abg ipar saya sendiri lakukan seisi perubatan kerana lebih afdhal anak lelaki atau ahli keluarga terdekat sendiri yg melakukannya. Saya hanya akan tunjuk cara-caranya. Saya beritahu jika dalam masa 3hari jika tiada perubahan atau mendapat sebarang tanda diberi keizinan-Nya untuk pulih, barulah kita usaha dengan pakar atau org lain kerana Allah lebih mengetahui perancangan-Nya.

Selepas maghrib, saya kesana bersama seorang sahabat akrab saya. Sudah berkurangan gangguan sihir cuma saya perlu serapkan semula keTauhidan kepada Ibu mertua saya kerana beliau seperti hampir putus asa dan lemah semangat bila secara tiba-tiba hilang penglihatan. Memang ini yg sangat diingini oleh orang yg menganaiya ibu mertua... Iaitu iman kita goyah. Sebab itu kali ini si penyihir menyerang dari panca indera. Selain itu saya cuma tunjukkan cara-cara mengamalkan ayat2 tertentu kerana ibu mertua sendiri memang hafal cuma tidak tahu kaedah mengamalkan. Ujar saya "tidak perlu perlu ayat yg panjang..yg penting penghayatan ayat tersebut dan Tauhidullah"
(Seisi Rawatan) Digunakan 7 helai daun sireh yg bertemu urat telah direndam didalam air lalu dibaca sepotong ayat yg pendek dari Surah Al Qaf x 21.

Alhamdulillah bila pertama kali mata ibu mertua saya direndam, penglihatan 70% kembali pulih. Ini bermakna Allah mengizinkan rawatan ini d
an juga gangguan sihir ini hilang. Jadi diteruskan selama 7hari rendaman mata pada waktu dhuha dan daun sireh ditekapkan pada kelopak mata sebelum tidur. Disamping diamalkan tasbih nabi yunus & surah At-Taubah Ayat 128-129 selepas sholat maghrib sebagai pendinding diri.

Alhamdulillah selepas seminggu, keadaan ibu mertua kembali pulih dan tiada gangguan lagi. Isteri saya ingin orang yg menghantar sihir dibalas kerana geram bercampur sedih ibunya diperlakukan sedemikian. Saya cuma memujuk isteri saya "Cukup sudah diberi ke-izinanNya utk sembuh. Tidak perlu membalas. Apa yg berlaku juga diatas keizinan-Nya. Jika berlaku lagi, baru saya akan gunakan kekerasan sedikit utk beri kesedaran" Lagipon saya berasa yakin bahawa orang tersebut tidak akan berani bertindak lagi selepas dapat amaran dari saya. Sesudah itu, beberapa rakan ibu mertua bertanya Ustaz mana yg ubatkan. Jawab ibu mertua secara singkat "anak menantu aku". Semua bagai kaget...almaklumlah...Aku ini anak menantu Gonjol :) Sekian wassalam.

~Aku bukan Perawat atau Pakar didalam bidang perubatan. Hanya seorang hamba yg haqqul yakin dengan ilmu-ilmuNya :)~

Suara Hilaian di Asrama


Sumbangan Hidayah Syibly

Assalamualaikum, buat pertama kali saya nak berkongsi sebuah kisah berkaitan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang kita kenal sebagai jin atau syaitan & ini merupakan pengalaman yang saya alami sendiri. Mohon maaf jika terdapat sebarang salah silap di sepanjang penceritaan ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang pada tahun 2000, ketika itu saya menuntut di Politeknik Johor Bharu, Pasir Gudang. Pembinaan institut itu sendiri diselebungi pelbagai kisah ganjil tidak kurang pula pengalaman seram pelajar2 senior yang yang menjadi bualan & diperturunkan setiap kali masuk semester baru.

Kisahnya begini, terdapat 6 buah hostel 4 tingkat & saya menghuni di salah sebuah hostel yang namanya Hi-Tech 3. Kebetulan saya dilantik sebagai ketua blok & pada malam itu blok kami mengadakan majlis makan2 di bilik aktiviti pelajar. Blok Hi-Tech 3 terdiri daripada 4 tingkat bangunan yang sangat besar & mempunyai puluhan bilik, kerana itu kami gelarnya sebagai 'Titanic'. Hi-Tech 3 hanya dihuni pelajar di aras 1 & ground Floor, sebaliknya tingkat 2 & 3 terbiar kosong tak berpenghuni sepanjang semester itu. Setiap kali waktu malam jika study di muka pintu, saya yang menghuni aras 1 tak dapat menghalang diri saya daripada tergoda untuk memerhatikan 2 tingkat atas yg kosong.Sebuah pemandangan yang mampu membuatkan bulu roma saya tegak berdiri! Sesekali terlihat kelibat susuk manusia berada di antara tiang2, sesekali terasa diperhatikan oleh 'sesuatu' dari celah2 tingkap bilik yang kosong & gelap.


Malam itu, setelah selesai jamuan saya & sekumpulan AJK blok bertugas membersihkan saki baki majlis. Setelah selesai, kami pun duduk2 di kaki lima berhadapan bilik saya sambil borak2 kosong. Macam biasa topik kegemaran penghuni hostel tatkala duduk sembang waktu malam begini tentulah kisah seram. Ketika itu kami sedang asyik bercerita tentang hantu tanpa badan yang kepalanya terapung-apung sedang 'mengganas' di kawasan taman perumahan berhadapan dengan Politeknik. Beberapa kali penduduk taman terserempak dengan objek misteri itu terapung-apung di atas bumbung rumah. Kami makin asyik berbual. Jam ketika itu melewati detik 12 malam & buat beberapa kali saya terasa angin dingin menyentuh belakang, leher & bahu saya. Serentak pada saat itu juga saya terlihat satu kilasan kain berwarna putih terbang sangat laju di ruang angkasa pergi & patah balik beberapa kali sepantas kilat. Kemudian pada aras 3 yang tidak berpenghuni, saya seolah2 terlihat satu susuk berdiri sebelah tiang memerhatikan kami yang sedang rancak berbual. Seingat saya, pada saat itu juga di antara sedar atau khayal saya terhidu bau yang wangi yg sukar saya jelaskan wanginya bagaimana. Semua itu saya alami sekilas dalam jangka masa beberapa saat sahaja. Saya memerhatikan gelagat kawan2 yang lain. Pada mulanya mereka nampak tenang2 saja seolah tak ada apa yang berlaku. Lama-kelamaan mereka kelihatan gelisah sehinggalah salah seorang dari kami yang dikenali sebagai mek memberitahu bahawa dia rasa tak sedap hati & rasa, nampak serta hidu sama sebagaimana yang saya alami. Setelah Mek membuka mulut, barulah seorang demi seorang mengaku mereka juga alami hal yang sama. Selaku yang paling senior di kalangan mereka, saya cuba berlagak tenang & memberitahu mereka supaya jangan tegur kejadian itu.

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang berani, dalam hati ketika itu Tuhan sajalah yang tahu. Tidak pernah sepanjang hidup saya mengalami pengalaman seram sejelas itu. Saya mengajak mereka pulang ke bilik masing2 & anggap saja kejadian itu hanyalah lintasan hati dan bukannya apa2. Masing2 tidak mahu pulang ke bilik mereka
& dalam keadaan yang tegang itu kami terdengar satu suara jeritan yang sangat kuat. Tanpa fikir panjang berebut-rebut kami yang seramai 10 org tu berasak masuk ke dalam bilik. Tangan saya pantas menutup lampu & terus selak langsir tingkap mencari arah suara itu datang. Pada masa itu apa yang terlintas di fikiran saya suara jeritan itu datangnya dari blok lelaki bersebelahan blok kami. Mungkin budak-budak tu saja nak menyakat kami sebagaimana selalu. Mungkin juga suara penghuni hostel bergaduh atau tidak mustahil juga ada penghuni yang terkena histeria. Seakan rutin, tiada apa yang pelik tatkala menjelang minggu peperiksaan pasti ada yang terkena histeria. Ketika saya memerhatikan blok sebelah, amatlah menghairankan kerana saya dapati bilik mereka semua gelap & mereka juga berada di tepi tingkap memerhatikan blok kami. Situasi cemas itu berlangsung selama beberapa minit. Setelah saya amati, apa yang boleh saya katakan jeritan yang amat panjang itu seolah-olah datangnya dari kedudukan yang tinggi di tengah2 ruang langit antara blok Hi-Tech 3 & blok lelaki.

Masih terngiang-ngiang di pendengaran saya saat saya menaipkan kisah ini suara yang sangat mengerikan itu. Suara itu seolah-olah ketawa memperolok-olokkan kami, tetapi juga kedengaran seperti menjerit kemarahan tetapi juga jeritan itu kedengaran seperti mendayu-dayu kerana sedih. Itulah setepatnya yang mampu saya gambarkan jeritan yang berlangsung selama beberapa minit itu. Selepas jeritan itu berhenti keadaan sunyi sepi. Oleh kerana itu merupakan minggu peperiksaan saya lihat pelajar lelaki kembali membuka lampu & meneruskan aktiviti mengulang-kaji pelajaran seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kawan2 yang memenuhi bilik kembali ke bilik masing2 walaupun masing diselubungi perasaan seram. Saya sendirian malam itu.....dush! Teman sebilik saya mengulang kaji pelajaran & tidur di bilik kawannya di tingkat bawah. Malam itu saya dihantui jeritan yang saya dengar tadi & sukar untuk melelapkan mata.Berbungkuslah saya malam itu sambil berdoa agar malam lekas2 berlalu. Keesokkan harinya fellow yang menjaga blok kami memesan supaya tidak seorang pelajar pun membangkitkan hal itu lagi demi menjaga kenteraman hostel.

Rupa-rupanya gangguan itu tidak berakhir di situ. Sepanjang minggu itu saya sendiri mendengarnya sebanyak tiga kali. Sama mengerikan berlangsung selama 10 ke 15 minit....ketawa, marah & mendayu2 meratap kehibaan.

Hantu Dari Russia


Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja,  chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak..

Sumbangan Antonio Montana