Friday 25 May 2012

Ilmu Cantik...

Salam utk Memberz MJ12..

Hari ni Aisha nak berkongsi cerita mengenai kawan lama bapak Aisha.. Waktu Aisha 'pasang telinga' kisah ni.. Ini berlaku lebih kurang 10 tahun yg lepas.

Kawan bapak Aisha ni, isterinya berumor jauh lebih tua darinya, mereka mempunyai seorang je anak perempuan, yg ketika tu baru berumahtangga dan tinggal bersama mereka.

Dipercayai di akhir2 waktu itu, isteri kawan bapak Aisha ni mengamalkan ilmu. Tak tau la ilmu apa. Pada masa-masa tertentu dia akan mandi pada tengah mlm, mandi bunga kemudian akan keluar berkemban dgn kain batik. Dgn tidak segan selalu walaupon ada menantu lelaki tinggal bersama. Dia mandi di bilik air dapur.


Seingat Aisha memangla makcik tu cantik org nye, dia dgn anak perempuan nye mcm adik beradik.. Tak mcm mak dgn anak. Kawan bapak Aisha ni pada mulanye kurang pasti akan perbuatan isterinya. Sebab bila dia lakukan itu, pada tengah mlm ketika semua sedang tido.

Lama kelamaan, kawan bapak Aisha nak pastikan la, jadi dia lihat dgn matanye sendiri.. Selepas mandi, isterinye itu akan kunci dirinya di dlm bilik yg lain (mereka tinggal di rumah 4bilik).. isterinya itu tak keluar2 hingga waktu suboh baru dia keluar dan baring semula di katil.

Aisha tak tau la apa jadi tentang mereka suami isteri selepas tu. Yg Aisha tau kesudahan nye dari mak Aisha. Mak Aisha kata isterinya tu telah diceraikan oleh kawan bapak Aisha tu sebab ternampak di siang hari dia membawa seorang lelaki yg sebaya umor menantunye pulang ke rumah dan etc etc...

Wallahua'lam... Itu saje yg Aisha ingat ceritanya, tak tau ilmu ape yg diamalkan. Nauzubillah.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Dari Aisha

Thursday 24 May 2012

Suster Ngensot?...


Kak Intan ada cerita seram ini berlaku tahun lepas 2011 waktu bulan puasa serentak dgn Hungry Ghost Festival... ceritanya macam ni..

Anak kakak yang pertama Hidayah dgn kedua Hidayu keluar waktu tu seminggu sebelum Hari Raya sebab masa tu anak kak Intan yang kedua nak menyambut ulang tahunnya 21 aug 2011 then masa tu pula anak kakak yang pertama ajak dia keluar waktu malam..dlm sekitar jam 8.30mlm pergi Marsiling lama yang checkpoint beli present adik si ayu... after that anak kakak talifon kakak nak beritahu dia lapar nak pergi causeway sekejap nak pergi Texas nak beli makan masa tu texas baru buka.. kakak setuju tanpa ingat yang bukan bukan ...

Nak tahu tak apa jadi lepas tu dah beli makan semua anak kakak mengadu bila sampai rumah dgn kakak dia nampak kakak cantik mengekori dia balik dari seberang jalan dari causeway Point dia serba hitam rambut panjang sampai kaki tak ada muka mengesot gesot dari belakang ayu my 2nd girl... Hidayah yang sulung ingat dia manusia tapi bila nak masuk garden nak menuju blk balik rumah dia rasa tak sedap hati sangat then bila dia mula baca ayat ayat alquran dan ayatul qursi bila dia pusing belakang mahluk tu dah hilang.. yang kakak terperanjat sangat Hidayah baru ingat kan kakak yang badan dia tengah tak bersih kakak punya mengucap panjang, Allah aje yang tahu apa perasaan kakak masa tu...takut pun ada nak nangis pun ada...Ya Allah


Nasib baik dia habis kat situ aje kalau dia ikut lagi satu hal kasi...tapi kakak bersyukur sangat hidayah pandai jaga diri..dari situ lah sampai sekarang kakak tak pernah izin kan atau benar kan Hidayah keluar malam.. kalau balik mlm pun kalau ada CCA lambat kadang kadang level camp atau school event kakak akan suruh suami yang jemput dari MRT station..
terima kasih..




Sumbangan dari Kak Intan Mariani Mohd

Chan Mali Chan...

Salams semua :) saya nak share cerita terjadi around 8 years back. Saya my sis & bro in law drove up to Penang. Kul 1+am bila tiba di zone Ipoh ada terowong ard 500m before saya perasan ada seorang wanita pakai mcm cheongsam sedang jln tepi rd towards our direction. Yg perasan betul adalah rambutnya disiput sanggul & payung kayu warna green & brown dikepit kat bwh ketiak kiri beliau. Dia jln relax tgk depan, saya toleh kiri my bro in law sedap tido so i tot my sis pun tgh tido kat blakang so i juz ignore. Tiba2 bila my car dah dekat dgn wanita tu, my sis bole bersuara dgn selamba pulak, 'Khai kesian pompuan ni jln sorang2 time gini' Saya lihat rear view mirror pompuan tu stop & turn to look at our direction. Saya nya panic tuhan saja yg tau, saya marah my sis dah brapa x pesan jgn tegur apa2 dgn cool dia tido balik. Menyirap darah saya but the journey to our hotel in penang takder gangguan selamat sampai.


Kita chk in to our rms, wash up & kluar gi cari mkn & thats when strange things started to happen. I drove towards batu ferringhi & ada signage di hotel depan ada promosi for rooms & supper so saya msk lorong tu nmpk hotel besar tapi kat luar nmpk gelap. Bila tiba depan lobby kat dlm terang benderang. Kami gi kat restaurant dan order mkn so sempat bebual dgn manager abt hotel tu baru di renovate sebab tu ada promosi but bila saya ckp yg hotel ni nmpk gelap dari luar he gave me a worried look & smile. Tak pk apa2 mkn dtg kita sebat, lepas mkn tgh rilek minum kopi.......

My sis suruh temankan gi toilet so saya wait kat luar pintu, a few mins later saya dgr my sis bebual kat dlm toilet it goes like tis' hi, u hav a nice coloured lipstick. No its ok i hav mine. K goodnite, nice meeting u.' Den saya dgr tap water lepas tu my sis kluar dia tanya Khai cute kan tat chinese lady?? Saya tanya my sis lady mana dari tadi saya tunggu luar takder org yg msk or kluar. My sis ckp waktu dia kat dlm ada pompuan cina ni msk & pakai lipstick & my sis bebual lah pasal lipstick & she offered her to try bila my sis decline dia senyum & said sorry got to go c u nxt time. Yg peliknya hanya suara my sis aje saya dgr. I told my bro in law & he kol e manager & relate to him wat happen. The manager tak look surprise pun & apologise for it, dia kata tats not e 1st time dah byk x perkara ni terjadi til e owner renovate balik e hotel but stil ada benda ni jugak tats why agaknya org2 yg tau story wil skip Hotel M++++++ ni. Lepas tu saya drive gi hotel kita stay, my bro & sis relax kat lobby bebual dgn my cousin yg kerja mlm tat nite. I told my cousin,saya lepak dulu ar kalau dia nak rilek msk aje kat bilik saya. After shower, saya on tv baring til tertido but saya tersedar bila pintu bilik hotel dibuka, saya tgk my cousin, i tot dia nak rileks time brk so saya ckp nak kopi buat sendiri k c u tomoro. Dia angguk kepala n senyum, saya pun tido balik.

Bila saya bgn pagi, cermin mata yg saya pakai tadi dah terletak kat atas meja, tv & lampu tertutup of which saya ingat my cousin yg buat. Tgh shower saya rasa pedih kat dada bila saya lihat ada 3 garis bekas calar yg masih merah kat dada saya. Darah hot betul dgn my cousin tapi pk balik apa hal dia nak buat gitu. Saya salin & mit up my sis for brkfst. Sampai aje bro in law marah tanya apasal saya letak kerusi belakang pintu masuk bilik hotel dorang bila dia terpaksa tolak kuat. Saya suruh dorang tenang i kol my cousin suruh duduk skali kebetulan shift dia baru abis.

1st saya tanya my cousin tadi dia ada masuk my bilik tak of which dia kat tidak sebab dia sibuk byk org chk in pagi tu. I told dem wat happened & show kesan calar yg luka tu. Den saya xplain kat my BIL, mcm mana saya nak msk bilik dia as my access card is for my room only & saya takde kuasa nak play prank on dem pagi2 buta. Terdiam semua yg kat meja tu den I ask my sis ingat tak pompuan yg tegur kat highway tu. My sis ckp mmg tat time dia tertido tapi ntah mcm mana dia tersedar nmpk pompuan tu senyum kat dia but lepas tu saya marah dia tido balik. Den saya suruh dia ingat betul2 if pompuan jalanan tu sama dgn pompuan kat toilet?? After a few mins my sis cringe & said 'Khai senyum dia exactly e same' !! After that incident saya dah tak drive mlm lagi kalau nak gi holiday kat m'sia :) thanx semua kerana sudi menunggu & membaca :) btw ni story betul2 terjadi bukan rekaan

Misteri Jam 12 (MJ12) 25 May 2012 Fri (Full Version)

Misteri Jam 12 (MJ12) 24 May 2012 Thurs (Encore Version)

Misteri Jam 12 (MJ12) 23 May 2012 Wed (Full Version)

Misteri Jam 12 (MJ12) 22 May 2012 Tues (Encore Version)

Misteri Jam 12 (MJ12) 19 May 2012 Sat (Full Version)

Misteri Jam 12 (MJ12) 18 May 2012 Fri (Encore Version)

Long Drive Kota Tinggi...

gambar di ambil dari google...

Dulu Kota Tinggi sebelom 2003 was ok.. Saya masih ingat tentang, ketika saya book chalet bungalow kat sana. So drive my 1962 MG Convertible fm 2nd Link. Interesting journey Jln highway via Kulai. Tak singgah bandar Kota Tinggi terus naik gi Kota Tinggi waterfall. Dlm perjalanan naik betapa punya berat di rasakan untuk sampai kat entrance gate waterfall. Walaupun pakai gear rendah. Bila sampai lepas gate di kawasan resort kereta rasa sungguh ringan. Saya pun hairan. Chk in pukul 2pm.. Mandi kat waterfall lepas to lapar kebulur naik kereta drive fm waterfall to bandar Kota Tinggi. Kereta rasa mendak walaupun turun bukit tapi selepas junction yg ada tepekong cina kereta rasa ringan hingga sampai bandar Kota Tinggi.

Selepas Maghrib sebelom masuk waktu Isyak, kami decided to drive back dalam gelap cuma dengan hanya lampu kereta antic lama ni je. Same thing dari bawah Bukit selepas tepekong booth kete mendak tapi cuma ada satu extra.. Bunyi Che kak bebual dua ekor terbang atas kaun puteh mengekori kereta saya. Mula saya panic sensorang rasa mcm nak terkucil & terbuang air besau pun ada bulu meremang semua rambut naik..tapi cekalkan hati baca apa yg patut drive mcm biasa buat dunno saja hingga sampai gate kat resort trus drive sampai kat Bungalow saya. Yg hairan bila sampai pintu gate mereka semua hilang. Masuk bungalow menggigil sekejap cepat2 ambil air wuduk terus solat Isyak & Sunat minta perlindungan. Alhamdulillah tiada gangguan sehingga pagi hari.

Saya ada bebual dgn sorang abang kat sana.. Dia kata mmg kawasan Kota Tinggi ni keras tpt nye kdang2 bole terjumpa mawas. Tapi dia ckap kawasan waterfall sudah di pagar.

Tu lah pengalaman saya semasa di Kota Tinggi..

Sumbangan bro Hardy Jay

The Singing Logs...

Assalamulaikum Teman-teman Momok MJ12 di mana-mana sahaja...

Kakak ada suatu pergalaman misteri yang berlaku baru-baru ini untuk berkongsi sama dan sudah diemal kepada KC. Jadi kalau KC tidak keudarakan, ini lah pengalaman nya... 

KC, rumah kakak ada mempunyai central heating atau pemanas rumah yang mengunakan radiator dan juga fire place atau tempat api untuk memanaskan rumah bila musim sejuk. Kerana Kakak tinggal berdua sahaja dengan suami (anak-anak semua sudah ada rumah sendiri) tidak payah mengunakan central heating untuk memanas satu rumah jadi kami lebih selalu mengunakan tempat api di ruang tamu.


Dan juga jimat sikit minyak yang digunakan untuk alat central heating itu (ada rumah rumah mengunakan gas atau electric tapi kami mengunakan minyak). 

Tempat api kami bukan yang terbuka seperti fireplace yang selalu kita lihat di filem-filem barat. Tempat api kami bergelar Log-burner atau tempat bakar kayu, bersih sikit and kurang habuk (ashes) yang keluar dari tempat bakar itu. Oleh kerana rumah kami dikelilingi nature reserve atau hutan peliharaan, suami Kakak kalau dia rajin di hujung minggu akan naik quad bike nya dan pergi cari kayu. Kayu kayu di hutan peliharaan bolih di ambil jika ia nya berada di atas tanah. Tidak dibenarkan memotong dahan yang masih di pokok atau menebang pokok-pokok yang ada.

Selalu KC, Kakak akan jerit ‘nak cari kayu…nak cari kayu’ bila dengar bunyi engine quad bike di mulakan. Suami Kakak akan ketawa kerana sudah di jelaskan mengenai phrasa lucu ini dari filem Melayu lama.

Sepatutnya, sekarang ini ia itu musim bunga, suhu sudah naik panas tetapi kalau jika terlihat pada ramalan cuaca di UK baru baru ini, masih di antara 2-9 degC sepatutnya sudah diantara 12-19 degC dan beberapa hari lalu pada waktu malam jatuh kebawah suhu -3degC! Jadi kami masih mengunakan tempat bakar kayu, yang selalunya pada bulan April Kakak sudah bersihkan and tidak digunakan sampai musim sejuk datang lagi.



Apa yang terjadi pada 2 minggu yang lalu, sedang kami duduk menonton TV, terdengar semacam bunyi atau suara rayuan…huuuuu-uuuuu...uuuuu…sungguh sayu tapi jelas. Bunyi atau suara itu melerek sayu. Kakak dan suami berpandangan satu sama lain dan cuba mendengar lagi. Bunyi atau suara itu hilang. Tidak lama kemudian, berbunyi lagi. Suami kata mungkin bunyi angin di luar, kebetulan memang malam itu tengah hujan. Kami pun buat saja and teruskan menonton. Bunyi atau suara itu semakim kedengaran lagi dan sah dari dalam rumah. 

Jadi Kakak standby remote untuk mute-kan suara TV jika bunyi itu kedengaran lagi untuk mencari dari mana datangnya bunyi itu. Rupa-rupanya, bunyi atau suara yang kedengaran itu datang dari tempat bakar kayu. Kakak buka tempat pembakar itu dan ‘rearrange’ kayu-kayu di dalam nya dengan harapan jangan berbunyi lagi. Beberapa ketika, berbunyi lagi. Kakak merasa tidak sedap – nak kata seram tidak tapi merinding. Kami tinggal disini sudah bertahun-tahun dan membakar kayu sudah bertahun-tahun, ini lah kali pertama bunyi seakan suara rayuan kedengaran semasa membakar kayu. 



Biasa la orang-orang barat selalunya tidak percaya kepada hantu jadi suami cuma berkata tidak ada apa-apa. Kakak bertanya jadi cuba terangkan mengenai bunyi yang kedengaran, dia cuma kata mungkin jenis kayu atau kayu basah. Pokok-pokok di hutan perliharaan ini semua nya ada beberapa jenis and sama jenis nya merata-rata. Nak kata kayu basah, dah berapa kali bertahun tahun bakar kayu basah. Akhirnya, Kakak tidak puas hati dan terus bertanya lagi, dimana suami Kakak mengambil kayu kali ini. Suami menjawab, di hutan peliharaan kecil selepas padang tanaman di belakang rumah kerana hutan yang selalu dia ambil kayu sudah tidak ada lagi di atas tanah, dilarang potong pokok atau dahan dan dia malas untuk pergi ke tempat yang lain.

Dan inilah kali pertama, dia mengambil kayu di tempat ini. 

Ada kemungkinan, Wallahualam bi Shawab, bunyi atau suara rayuan yang terdengar datang dari pokok yang bersebelah atau dari pokok itu sendiri dimana seorang kanak kanak berumur 15 tahun gantung diri pada tahun 21 March 2005 kerana di buli di sekolah nya. Baru tadi Kakak pergi ke tempat itu untuk petik gambar pokok berkenaan buat lihat dan berkongi sama – lihat gambar dibawah. Selalu ada bunga-bunga yang di tarok di bawah pokok atau di ikat pada pokok yang mungkin diletakan oleh ahli keluarga si mati. Kayu-kayu yang diambil ditempat yang sama, Kakak sudah bakar di luar rumah bila suami pergi kerja dan Kakak suruh suami berjanji jangan ambil kayu di tempat itu lagi…Hehehehee…Better safe than sorry.

Nak cari kayu.......nak cari kayu.....

Ini lah suatu perkara misteri Kakak yang ingin berkongsi sama. Kisah benar yang kakak alami baru baru ini, bukan di buat buat sekadar mahu di keudarakan di radio. 

Terima kasih, Semua di FB Group MJ12 ini.

Salam hormat dari jauh,

Momok MJ12 Kak Norkiah

Wednesday 9 May 2012

Misteri Jam 12 (MJ12) 9 May 2012 Wed (Full Version)

Misteri Jam 12 (MJ12) 8 May 2012 Tues (Full Version)

XPDC ~NTU Nite Walk 24 Mar 2012

Roy DI temani temen-temen...
semangat kental...
menyusuri jalan sepi...
sekadar andaian...






????....

yang di cari tak dapat...tapi
pengunjung sepi...
Dust Particles?..
lepak...

Roy di temani?...




XPDC ~ Peristiwa yang belaku pada Sis Mazdusa


Assalamu'alaikum wbt.

Last xpdc went well and was a fun one as always. Some sharing here from last night's experiences.

Smalam masa kluar dari New Tiew I was one of the few yg kluar dulu then berdiri kat kereta Frosted Cube. Then I saw a greyish figure berdiri depan lorry Erwan mcm cari sesuatu kat dlm vehicle. Rambut panjang skali. Erin said mummy dont stare if see something. So I toleh lain then tengok lagi kat lorry tu dia masih ada, this time looking direct at me.

I thot tanak share takut dia kacau time tido lagi and worried for Rina. But so far Alhamdulillah. Tak tahu lah malam nanti. That thing was staring at me lah.. iyu yg buat gerun. Erin keep telling me to stop staring at it.

Before Iced move off, I sempat pesan Rina to be careful when approaching the lorry. I confirmed with Erwan this morning n he said he saw same when he approached the vehicle. Alhamdullillah, everything went well. 


I thot it was just my imagination or bayang pokok that was why I tanak share coz I sorang je nampak as Erin didnt see anything as she pun looked at the same direction. Well she tak ckp apa2 so assumed it was my hallucination.

Secondly, at Ama Keng tempat Mak Boyan isteri Roy Castillo sarankan kita singgah kejap kat pokok puaka. Only few of us naik kearah untuk snap pictures. If I'm not mistaken Roy, Dok Boyan, Rina's brother and myself aje yg naik. Waktu nak turun kebawah Dok Boyan, Rina's bro and me dengar suara pompan nangis mendayu dayu. Sedih banget gitu. meremang bulu roma.. I ran towards the area where I heard the cries but it stopped. If u all dapat dengar, memang sayup dan pilu tangisan cik Ponisah ni.

Lastly, I was hesitated nak masuk kubur Kranji coz my daughter Erin tanak masuk coz the last time dia tersandung batu nisan. But since mak boyan volunteer to look after her and few others tak masuk, so masuk so I decided to follow the rest into the cemetery.


Sis Farida Umar, her son n me were the last few to enter. Both of them if I'm not mistaken, heard footsteps and growling behind them. Then when bro Dok stopped kat pokok besar on the right and cerita abt encounters of some fella he knew whilst others busy snap gambar. There, Rina and her sister ada nampak but cerita terperinci I leave it to Rina to share lah.

Sedang syiok ambik gambar suddenly I heard suara pompan ketawa mengekek ngekek as though dia ketawa golek2 ketawakan kita, pasal tak tahu nak tido merayap memalam buta. hehe.. OK jokes aside.. then out of nowhere I terbau setanggi kuat skali macam orang letak kat depan hidung ku yg berlobang hehe. If bau tak kuat sgt I tak kesah but bau dia menusuk sampai I susah nak breathe. This time eI told bro Dok I tak feel good. Mula2 suara, then bau setanggi, is I stay longer in there mungkin dia nampakkan diri Fuyoooo.. nanaaakkkk. Naampak dlm gambar ok, nampak live - Noooo..!

So far, nothing happened whilst I was asleep... dun wanna speak too soon. Itu tido siang belum tido malam. Yday wasn't my nite lah pasal my aura kelabu asap hehe.

Looking forward to future xpdc. YAY!

Now nak siap2 gi rumah my uncle jap and zoom to Anugerah V to support my youngest brother into his 3rd round. Bye for now.. byeeee

Ganguan

Hi Memberz MJ12,

Pada yg dah baca my post pasal makcik Aisha yg lemah semangat tu.. ni Aisha nak ceriter abt her daughter. Sepupu Aisha ni sejak dia umur belasan tahun, dia mula sedar ade benda yg ikot dia. Sayang nye arwah datuk nye da takde, jadi terpakse pegi berubat dgn org lain. Mak Aisha la yg temankan makcik Aisha bawak anak nye pergi berubat.. sane sini berubat tapi tak baik2 jugak.
Benda yg ikot sepupu Aisha ni, dipercayai nak berdamping dgn dia.. Sepupu Aisha ade ceriterkan pada Aisha, dia kemane2 pon ade bayangan benda sembunyi perhati kan dia! Bila waktu mandi, kadang ingatkan takde tapi bila sepupu Aisha menoleh, dia ade kat corner toilet! Benda tu ikot sepupu Aisha pergi ke sekolah jugak! Nanti sepupu Aisha menoleh belakang, dia ade berdiri kat belakang class! Rupe nye samar2 saje.. tapi sepupu Aisha nampak dia ikot.




Pernah suatu hari tu, sepupu Aisha di dalam kelas, waktu tu cikgu belom masok kelas, tiba2 tangan kiri dia terase cramp, rase mcm kena elektrik, dia beritahu kawan dia yg dudok di sebelah. Tangan kiri dia tu mencengkam tangan kanan nye sendiri seperti
ade org yg buat tangan kiri nye tak terkawal! Kawan sepupu Aisha tu cepat2 tarik tangan kiri dia.. lame sgt baru dilepaskan! Bekas tanda 'blue black' selepas tu! 

Suatu malam, sepupu Aisha dgn ibunye dirumah. Makcik Aisha sedang baca suratkhabar waktu tu.

Sepupu Aisha baru keluar dari biliknye nak minom air selepas belajar di dalam bilik. Sepupu Aisha ni berambot panjang sampai ke pinggang.
Dia lalu depan bilik ibunye, menegur ibu nye tu belom tido lagi. Kemudian dia pegi ke dapur. Tiba2 makcik Aisha dengar bunyi benda jatoh terlalu kuat! Kelam kabot dia pergi ke dapur, tengok sepupu Aisha da terbujur atas lantai! Pengsan tak sedarkan diri! Rambot nye yg panjang tu berlumuran darah! Makcik Aisha betol panik ingat kan sepupu Aisha dah meninggal! Makcik Aisha talipon ambulan kemudian sepupu Aisha dibawak ke hosp. Dia cume pengsan tapi kepala nye harus dijahit kerana koyak!
Bila dia da sedarkan diri, dia beritahu kita semua, yg dia ternampak benda yg selalu ikot dia tu dgn jelas. Kerana terlalu terperanjat, dia jatoh pengsan, kepala terhentak ke lantai.. nasib baik takde yg serious.

Tak cukup2 lagi sepupu Aisha diganggu, setelah pindah dari AMK, mereka tinggal di Yishun. Berdekatan dgn Gambas Road. Makcik Aisha da pesan anak nye yg lemah semangat tu, jgn jln di tepi sekolah di sebelah blk mereka. Entah la, mungkin makcik Aisha tau di situ ade benda tak baik.

Sepupu Aisha betol2 terlupa waktu tu, dia jln di situ pada waktu nak masok maghrib. Dia terdengar org panggil name penoh nye dan bertanya... "Si Pulan... Si Pulan... da lame tak nampak...? da lame tak jalan sini....!" 
kemudian suara tu ketawa besar! Sepupu Aisha terperanjat teros lari cepat2 balik ke rumah!

Ade juga pada waktu mlm, biasa la kadang mlm2 hari kita rase lapar, nak makan something, jadi sepupu Aisha ni dgn ibunye mlm2 nak masak maggi la,
waktu rebus maggi tu, ibu nye berdiri di depan dapur gas, sepupu Aisha di meja makan. FYI, mereka tinggal tingkat 6. Suara perempuan di luar tingkap!! Suara tu mula batok2! Kemudian bersiol, bernyanyi seperti humming gitu...
Tapi mereka tak pedulikan suara tu.. mungkin makcik Aisha skrg da rase lali dgn gangguan sejak dia muda lagi. Dia tak melihat ke arah tingkap, tapi dia
berckp, suruh benda tu pegi jgn mengganggu. Kisah yg terjadi di dlm rumah tu byk sekali, sewaktu arwah nenek Aisha masih hidop, dia pernah tinggal di situ, pernah dia ceriterkan pada kita pengalaman di rumah tu. Aisha akan sambong lain kali.
 Skrg mereka da pindah di daerah lain, tapi masih di Yishun juga.



Terima kasih kerana sudi membaca.
Dari Aisha

Saturday 5 May 2012