Friday 25 May 2012

Ilmu Cantik...

Salam utk Memberz MJ12..

Hari ni Aisha nak berkongsi cerita mengenai kawan lama bapak Aisha.. Waktu Aisha 'pasang telinga' kisah ni.. Ini berlaku lebih kurang 10 tahun yg lepas.

Kawan bapak Aisha ni, isterinya berumor jauh lebih tua darinya, mereka mempunyai seorang je anak perempuan, yg ketika tu baru berumahtangga dan tinggal bersama mereka.

Dipercayai di akhir2 waktu itu, isteri kawan bapak Aisha ni mengamalkan ilmu. Tak tau la ilmu apa. Pada masa-masa tertentu dia akan mandi pada tengah mlm, mandi bunga kemudian akan keluar berkemban dgn kain batik. Dgn tidak segan selalu walaupon ada menantu lelaki tinggal bersama. Dia mandi di bilik air dapur.


Seingat Aisha memangla makcik tu cantik org nye, dia dgn anak perempuan nye mcm adik beradik.. Tak mcm mak dgn anak. Kawan bapak Aisha ni pada mulanye kurang pasti akan perbuatan isterinya. Sebab bila dia lakukan itu, pada tengah mlm ketika semua sedang tido.

Lama kelamaan, kawan bapak Aisha nak pastikan la, jadi dia lihat dgn matanye sendiri.. Selepas mandi, isterinye itu akan kunci dirinya di dlm bilik yg lain (mereka tinggal di rumah 4bilik).. isterinya itu tak keluar2 hingga waktu suboh baru dia keluar dan baring semula di katil.

Aisha tak tau la apa jadi tentang mereka suami isteri selepas tu. Yg Aisha tau kesudahan nye dari mak Aisha. Mak Aisha kata isterinya tu telah diceraikan oleh kawan bapak Aisha tu sebab ternampak di siang hari dia membawa seorang lelaki yg sebaya umor menantunye pulang ke rumah dan etc etc...

Wallahua'lam... Itu saje yg Aisha ingat ceritanya, tak tau ilmu ape yg diamalkan. Nauzubillah.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Dari Aisha

No comments:

Post a Comment