Thursday 24 May 2012

The Singing Logs...

Assalamulaikum Teman-teman Momok MJ12 di mana-mana sahaja...

Kakak ada suatu pergalaman misteri yang berlaku baru-baru ini untuk berkongsi sama dan sudah diemal kepada KC. Jadi kalau KC tidak keudarakan, ini lah pengalaman nya... 

KC, rumah kakak ada mempunyai central heating atau pemanas rumah yang mengunakan radiator dan juga fire place atau tempat api untuk memanaskan rumah bila musim sejuk. Kerana Kakak tinggal berdua sahaja dengan suami (anak-anak semua sudah ada rumah sendiri) tidak payah mengunakan central heating untuk memanas satu rumah jadi kami lebih selalu mengunakan tempat api di ruang tamu.


Dan juga jimat sikit minyak yang digunakan untuk alat central heating itu (ada rumah rumah mengunakan gas atau electric tapi kami mengunakan minyak). 

Tempat api kami bukan yang terbuka seperti fireplace yang selalu kita lihat di filem-filem barat. Tempat api kami bergelar Log-burner atau tempat bakar kayu, bersih sikit and kurang habuk (ashes) yang keluar dari tempat bakar itu. Oleh kerana rumah kami dikelilingi nature reserve atau hutan peliharaan, suami Kakak kalau dia rajin di hujung minggu akan naik quad bike nya dan pergi cari kayu. Kayu kayu di hutan peliharaan bolih di ambil jika ia nya berada di atas tanah. Tidak dibenarkan memotong dahan yang masih di pokok atau menebang pokok-pokok yang ada.

Selalu KC, Kakak akan jerit ‘nak cari kayu…nak cari kayu’ bila dengar bunyi engine quad bike di mulakan. Suami Kakak akan ketawa kerana sudah di jelaskan mengenai phrasa lucu ini dari filem Melayu lama.

Sepatutnya, sekarang ini ia itu musim bunga, suhu sudah naik panas tetapi kalau jika terlihat pada ramalan cuaca di UK baru baru ini, masih di antara 2-9 degC sepatutnya sudah diantara 12-19 degC dan beberapa hari lalu pada waktu malam jatuh kebawah suhu -3degC! Jadi kami masih mengunakan tempat bakar kayu, yang selalunya pada bulan April Kakak sudah bersihkan and tidak digunakan sampai musim sejuk datang lagi.



Apa yang terjadi pada 2 minggu yang lalu, sedang kami duduk menonton TV, terdengar semacam bunyi atau suara rayuan…huuuuu-uuuuu...uuuuu…sungguh sayu tapi jelas. Bunyi atau suara itu melerek sayu. Kakak dan suami berpandangan satu sama lain dan cuba mendengar lagi. Bunyi atau suara itu hilang. Tidak lama kemudian, berbunyi lagi. Suami kata mungkin bunyi angin di luar, kebetulan memang malam itu tengah hujan. Kami pun buat saja and teruskan menonton. Bunyi atau suara itu semakim kedengaran lagi dan sah dari dalam rumah. 

Jadi Kakak standby remote untuk mute-kan suara TV jika bunyi itu kedengaran lagi untuk mencari dari mana datangnya bunyi itu. Rupa-rupanya, bunyi atau suara yang kedengaran itu datang dari tempat bakar kayu. Kakak buka tempat pembakar itu dan ‘rearrange’ kayu-kayu di dalam nya dengan harapan jangan berbunyi lagi. Beberapa ketika, berbunyi lagi. Kakak merasa tidak sedap – nak kata seram tidak tapi merinding. Kami tinggal disini sudah bertahun-tahun dan membakar kayu sudah bertahun-tahun, ini lah kali pertama bunyi seakan suara rayuan kedengaran semasa membakar kayu. 



Biasa la orang-orang barat selalunya tidak percaya kepada hantu jadi suami cuma berkata tidak ada apa-apa. Kakak bertanya jadi cuba terangkan mengenai bunyi yang kedengaran, dia cuma kata mungkin jenis kayu atau kayu basah. Pokok-pokok di hutan perliharaan ini semua nya ada beberapa jenis and sama jenis nya merata-rata. Nak kata kayu basah, dah berapa kali bertahun tahun bakar kayu basah. Akhirnya, Kakak tidak puas hati dan terus bertanya lagi, dimana suami Kakak mengambil kayu kali ini. Suami menjawab, di hutan peliharaan kecil selepas padang tanaman di belakang rumah kerana hutan yang selalu dia ambil kayu sudah tidak ada lagi di atas tanah, dilarang potong pokok atau dahan dan dia malas untuk pergi ke tempat yang lain.

Dan inilah kali pertama, dia mengambil kayu di tempat ini. 

Ada kemungkinan, Wallahualam bi Shawab, bunyi atau suara rayuan yang terdengar datang dari pokok yang bersebelah atau dari pokok itu sendiri dimana seorang kanak kanak berumur 15 tahun gantung diri pada tahun 21 March 2005 kerana di buli di sekolah nya. Baru tadi Kakak pergi ke tempat itu untuk petik gambar pokok berkenaan buat lihat dan berkongi sama – lihat gambar dibawah. Selalu ada bunga-bunga yang di tarok di bawah pokok atau di ikat pada pokok yang mungkin diletakan oleh ahli keluarga si mati. Kayu-kayu yang diambil ditempat yang sama, Kakak sudah bakar di luar rumah bila suami pergi kerja dan Kakak suruh suami berjanji jangan ambil kayu di tempat itu lagi…Hehehehee…Better safe than sorry.

Nak cari kayu.......nak cari kayu.....

Ini lah suatu perkara misteri Kakak yang ingin berkongsi sama. Kisah benar yang kakak alami baru baru ini, bukan di buat buat sekadar mahu di keudarakan di radio. 

Terima kasih, Semua di FB Group MJ12 ini.

Salam hormat dari jauh,

Momok MJ12 Kak Norkiah

No comments:

Post a Comment