Saturday, 1 September 2012

Sihir

Sumbangan Liyan Azman

Salam semua Geng MJ12. Saya ingin ketengahkan peristiwa yg berlaku pada awal tahun ini mengenai apa yg berlaku kepada ibu mertua saya yg di aniaya melalui sihir. Terlebih dahulu Saya telah meminta izin dari abg ipar saya utk berkongsi kejadian ini. Siapa tahu boleh mendapat iktibar & manfaat apa yg bakal dikongsi. Cuma agak panjang ceritanya :)


Kejadian ini berlaku pada hari Isnin dalam waktu Isya'. Ketika itu abg ipar saya sedang duduk diruang tamu membelakangi tingkap menonton tv. Beliau terbau tiba2 bauan yg busuk dan pada yg sama merasakan ada kehadiran sesuatu dibelakang beliau. Beliau menjeling dan nampak seperti susuk lembaga hitam memerhatikan beliau. Lalu beliau memejamkan mata sambil membaca ayatul kursi. Bila membuka mata dan menjeling semula, lembaga itu sudah hilang. Pada malam tu juga dalam jam sekitar 1pagi, ibu mertua saya sedang duduk membaca akhbar dlm biliknya. Tiba2 terdengar bunyian (kurang pasti dari mana arah datangnya bunyi tersebut). Ibu mertua saya lalu mendongak melihat ke arah bunyian tersebut tetapi tidak mendapati yg mencurigakan. Bila beliau ingin sambung membaca, penglihatannya menjadi kabur. Mungkin kepenatan bisikan beliau. Keesokan hari, masih sama pandangannya. Bila menonton tv, cuma nampak bentuk tv tapi bukan isi rancangan tv. Bila melihat cermin..tiada kelihatan wajahnya. Beliau sudah mensyaki sesuatu yg tidak baik sudah berlaku pada dirinya.

Pada hari selasa, saya rasa seperti sesuatu yg tidak kena kerana bahagian kanan saya seperti kebas dan sebal. Waktu petang ketika saya sedang membawa anak2 saya jalan2 di pusat membeli belah, isteri saya menelepon dan memberitahu mengenai keadaan ibunya dan ibunya ingin berbual dgn saya. Saya beritahu "takpe nanti kita jumpa ibu besok selepas u balik kerja" kerana pada tiap2 malam selasa, ada kelas agama dirumah ibu mertua.

Ustazah yg kendalikan kelas agama ada memberitahu ibu mertua saya bahawa ada gangguan sihir dan memberi air zam zam tetapi tiada perubahan.

Pada hari rabu sebelum maghrib, saya dengan isteri datang ke rumah ibu mertua saya. Ibu mertua minta bantuan dan ingin pendapat saya. Kawan2 beliau ada mensyorkan supaya pergi berubat dgn seorang ustaz terkenal (ada bayaran).
Saya memberitahu ibu"kalau emak minta kepada saya atau sesiapa..belum pasti hajat atau keinginan terlaksana tapi bila minta kepada Nya..sudah pasti dipenuhi" ~Ud'unni astajiblakum~. Insya Allah, kita sama2 berusaha. Terlebih dahulu, abg ipar saya akan membawa ibu mertua saya membuat peperiksaan mata untuk pastikan yg matanya tiada kena mengena dengan penyakit saintifik seperti kencing manis dan sebagainya kerana ibu mertua memang ada sejarah kencing manis dan 'low sugar level'.

Bila menjelang maghrib, bau busuk mula timbul. Selepas tunaikan sholat maghrib, saya mulakan wiridan 'memagar rumah'.

Beberapa hari sebelum terjadinya kejadian ini, ibu mertua saya telah mengalami sebuah mimpi. (Secara ringkas) Dalam mimpi itu, beliau telah dikejar lalu dikepung oleh seorang lelaki cina. Lelaki cina tersebut telah menikam beliau ditengkuk. Dalam kepayahan beliau dapat meloloskan diri lalu tersadar dari mimpi. Juga sudah dua kali ibu mertua dicuba oleh orang yg sama tetapi beliau dapat bertahan. Cuma kali ini dicubai dgn penyihiran salah satu pancaindera baru berjaya.
Dipendekkan cerita, Pakar Perubatan hospital mengatakan tiada apa2 masalah dgn mata ibu mertua saya. Oleh itu, saya menyuruh abg ipar saya menyediakan dauh sireh yg bertemu urat untuk perubatan mata ibu mertua saya. Saya syorkan abg ipar saya sendiri lakukan seisi perubatan kerana lebih afdhal anak lelaki atau ahli keluarga terdekat sendiri yg melakukannya. Saya hanya akan tunjuk cara-caranya. Saya beritahu jika dalam masa 3hari jika tiada perubahan atau mendapat sebarang tanda diberi keizinan-Nya untuk pulih, barulah kita usaha dengan pakar atau org lain kerana Allah lebih mengetahui perancangan-Nya.

Selepas maghrib, saya kesana bersama seorang sahabat akrab saya. Sudah berkurangan gangguan sihir cuma saya perlu serapkan semula keTauhidan kepada Ibu mertua saya kerana beliau seperti hampir putus asa dan lemah semangat bila secara tiba-tiba hilang penglihatan. Memang ini yg sangat diingini oleh orang yg menganaiya ibu mertua... Iaitu iman kita goyah. Sebab itu kali ini si penyihir menyerang dari panca indera. Selain itu saya cuma tunjukkan cara-cara mengamalkan ayat2 tertentu kerana ibu mertua sendiri memang hafal cuma tidak tahu kaedah mengamalkan. Ujar saya "tidak perlu perlu ayat yg panjang..yg penting penghayatan ayat tersebut dan Tauhidullah"
(Seisi Rawatan) Digunakan 7 helai daun sireh yg bertemu urat telah direndam didalam air lalu dibaca sepotong ayat yg pendek dari Surah Al Qaf x 21.

Alhamdulillah bila pertama kali mata ibu mertua saya direndam, penglihatan 70% kembali pulih. Ini bermakna Allah mengizinkan rawatan ini d
an juga gangguan sihir ini hilang. Jadi diteruskan selama 7hari rendaman mata pada waktu dhuha dan daun sireh ditekapkan pada kelopak mata sebelum tidur. Disamping diamalkan tasbih nabi yunus & surah At-Taubah Ayat 128-129 selepas sholat maghrib sebagai pendinding diri.

Alhamdulillah selepas seminggu, keadaan ibu mertua kembali pulih dan tiada gangguan lagi. Isteri saya ingin orang yg menghantar sihir dibalas kerana geram bercampur sedih ibunya diperlakukan sedemikian. Saya cuma memujuk isteri saya "Cukup sudah diberi ke-izinanNya utk sembuh. Tidak perlu membalas. Apa yg berlaku juga diatas keizinan-Nya. Jika berlaku lagi, baru saya akan gunakan kekerasan sedikit utk beri kesedaran" Lagipon saya berasa yakin bahawa orang tersebut tidak akan berani bertindak lagi selepas dapat amaran dari saya. Sesudah itu, beberapa rakan ibu mertua bertanya Ustaz mana yg ubatkan. Jawab ibu mertua secara singkat "anak menantu aku". Semua bagai kaget...almaklumlah...Aku ini anak menantu Gonjol :) Sekian wassalam.

~Aku bukan Perawat atau Pakar didalam bidang perubatan. Hanya seorang hamba yg haqqul yakin dengan ilmu-ilmuNya :)~

Suara Hilaian di Asrama


Sumbangan Hidayah Syibly

Assalamualaikum, buat pertama kali saya nak berkongsi sebuah kisah berkaitan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang kita kenal sebagai jin atau syaitan & ini merupakan pengalaman yang saya alami sendiri. Mohon maaf jika terdapat sebarang salah silap di sepanjang penceritaan ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang pada tahun 2000, ketika itu saya menuntut di Politeknik Johor Bharu, Pasir Gudang. Pembinaan institut itu sendiri diselebungi pelbagai kisah ganjil tidak kurang pula pengalaman seram pelajar2 senior yang yang menjadi bualan & diperturunkan setiap kali masuk semester baru.

Kisahnya begini, terdapat 6 buah hostel 4 tingkat & saya menghuni di salah sebuah hostel yang namanya Hi-Tech 3. Kebetulan saya dilantik sebagai ketua blok & pada malam itu blok kami mengadakan majlis makan2 di bilik aktiviti pelajar. Blok Hi-Tech 3 terdiri daripada 4 tingkat bangunan yang sangat besar & mempunyai puluhan bilik, kerana itu kami gelarnya sebagai 'Titanic'. Hi-Tech 3 hanya dihuni pelajar di aras 1 & ground Floor, sebaliknya tingkat 2 & 3 terbiar kosong tak berpenghuni sepanjang semester itu. Setiap kali waktu malam jika study di muka pintu, saya yang menghuni aras 1 tak dapat menghalang diri saya daripada tergoda untuk memerhatikan 2 tingkat atas yg kosong.Sebuah pemandangan yang mampu membuatkan bulu roma saya tegak berdiri! Sesekali terlihat kelibat susuk manusia berada di antara tiang2, sesekali terasa diperhatikan oleh 'sesuatu' dari celah2 tingkap bilik yang kosong & gelap.


Malam itu, setelah selesai jamuan saya & sekumpulan AJK blok bertugas membersihkan saki baki majlis. Setelah selesai, kami pun duduk2 di kaki lima berhadapan bilik saya sambil borak2 kosong. Macam biasa topik kegemaran penghuni hostel tatkala duduk sembang waktu malam begini tentulah kisah seram. Ketika itu kami sedang asyik bercerita tentang hantu tanpa badan yang kepalanya terapung-apung sedang 'mengganas' di kawasan taman perumahan berhadapan dengan Politeknik. Beberapa kali penduduk taman terserempak dengan objek misteri itu terapung-apung di atas bumbung rumah. Kami makin asyik berbual. Jam ketika itu melewati detik 12 malam & buat beberapa kali saya terasa angin dingin menyentuh belakang, leher & bahu saya. Serentak pada saat itu juga saya terlihat satu kilasan kain berwarna putih terbang sangat laju di ruang angkasa pergi & patah balik beberapa kali sepantas kilat. Kemudian pada aras 3 yang tidak berpenghuni, saya seolah2 terlihat satu susuk berdiri sebelah tiang memerhatikan kami yang sedang rancak berbual. Seingat saya, pada saat itu juga di antara sedar atau khayal saya terhidu bau yang wangi yg sukar saya jelaskan wanginya bagaimana. Semua itu saya alami sekilas dalam jangka masa beberapa saat sahaja. Saya memerhatikan gelagat kawan2 yang lain. Pada mulanya mereka nampak tenang2 saja seolah tak ada apa yang berlaku. Lama-kelamaan mereka kelihatan gelisah sehinggalah salah seorang dari kami yang dikenali sebagai mek memberitahu bahawa dia rasa tak sedap hati & rasa, nampak serta hidu sama sebagaimana yang saya alami. Setelah Mek membuka mulut, barulah seorang demi seorang mengaku mereka juga alami hal yang sama. Selaku yang paling senior di kalangan mereka, saya cuba berlagak tenang & memberitahu mereka supaya jangan tegur kejadian itu.

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang berani, dalam hati ketika itu Tuhan sajalah yang tahu. Tidak pernah sepanjang hidup saya mengalami pengalaman seram sejelas itu. Saya mengajak mereka pulang ke bilik masing2 & anggap saja kejadian itu hanyalah lintasan hati dan bukannya apa2. Masing2 tidak mahu pulang ke bilik mereka
& dalam keadaan yang tegang itu kami terdengar satu suara jeritan yang sangat kuat. Tanpa fikir panjang berebut-rebut kami yang seramai 10 org tu berasak masuk ke dalam bilik. Tangan saya pantas menutup lampu & terus selak langsir tingkap mencari arah suara itu datang. Pada masa itu apa yang terlintas di fikiran saya suara jeritan itu datangnya dari blok lelaki bersebelahan blok kami. Mungkin budak-budak tu saja nak menyakat kami sebagaimana selalu. Mungkin juga suara penghuni hostel bergaduh atau tidak mustahil juga ada penghuni yang terkena histeria. Seakan rutin, tiada apa yang pelik tatkala menjelang minggu peperiksaan pasti ada yang terkena histeria. Ketika saya memerhatikan blok sebelah, amatlah menghairankan kerana saya dapati bilik mereka semua gelap & mereka juga berada di tepi tingkap memerhatikan blok kami. Situasi cemas itu berlangsung selama beberapa minit. Setelah saya amati, apa yang boleh saya katakan jeritan yang amat panjang itu seolah-olah datangnya dari kedudukan yang tinggi di tengah2 ruang langit antara blok Hi-Tech 3 & blok lelaki.

Masih terngiang-ngiang di pendengaran saya saat saya menaipkan kisah ini suara yang sangat mengerikan itu. Suara itu seolah-olah ketawa memperolok-olokkan kami, tetapi juga kedengaran seperti menjerit kemarahan tetapi juga jeritan itu kedengaran seperti mendayu-dayu kerana sedih. Itulah setepatnya yang mampu saya gambarkan jeritan yang berlangsung selama beberapa minit itu. Selepas jeritan itu berhenti keadaan sunyi sepi. Oleh kerana itu merupakan minggu peperiksaan saya lihat pelajar lelaki kembali membuka lampu & meneruskan aktiviti mengulang-kaji pelajaran seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kawan2 yang memenuhi bilik kembali ke bilik masing2 walaupun masing diselubungi perasaan seram. Saya sendirian malam itu.....dush! Teman sebilik saya mengulang kaji pelajaran & tidur di bilik kawannya di tingkat bawah. Malam itu saya dihantui jeritan yang saya dengar tadi & sukar untuk melelapkan mata.Berbungkuslah saya malam itu sambil berdoa agar malam lekas2 berlalu. Keesokkan harinya fellow yang menjaga blok kami memesan supaya tidak seorang pelajar pun membangkitkan hal itu lagi demi menjaga kenteraman hostel.

Rupa-rupanya gangguan itu tidak berakhir di situ. Sepanjang minggu itu saya sendiri mendengarnya sebanyak tiga kali. Sama mengerikan berlangsung selama 10 ke 15 minit....ketawa, marah & mendayu2 meratap kehibaan.

Hantu Dari Russia


Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja,  chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak..

Sumbangan Antonio Montana

Thursday, 19 July 2012

Misteri Masjid di USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR

Sumbangan dari Adek kita Dari Malaysia Hanya Qaseh

Salam dan Selamat Sejahtera,

Nama saya Hidayah saya ada dua kisah yang saya ingin saya kongsikan disini...kejadian ni terjadi pada tahun 2009 di Subang Jaya, malaysia. Saya tidak ingat tarikhnya tetapi hari itu adalah hari ahad. Pada masa itu saya bertugas mengajar di sekolah tahfiz..disebabkan hari ahad tiada kelas, saya telah mengajak beberapa pelajar tahfiz melawat rumah salah seorang pelajar tahfiz juga, Sawer namanya.

Kami pergi seramai 4 orang, saya, Aliff, Ezul dan Sawer. Ketika sampai dirumah Sawer ketika itu sudah penghujung waktu zuhur, disebabkan tidak selesa untuk solat di rumah Sawer, saya mengajak student2 saya untuk solat di surau berdekatan..bila Sawer kata mmg ada surau berdekatan rumahnya, saya pun tersenyum...Alang-alang nak pergi solat, boleh la tengok-tengok kawasan USJ itu..sebab saya memang tidak pernah datang ke USJ..

Tiba saja di surau, saya berkata kepada Sawer,

Saya : Sawer..tempat solat perempuan sebelah mana??

Sawer : Saya pun tak tahu kak..lama saya tak datang surau ni..banyak sangat berubah..

Ezul : kak..kat sana kut..tengok tu ade banyak kain telekung tu..(sambil menunjuk ke sebelah kiri surau)

Saya memang tak fikir apa.. terus berlalu kearah yang di tunjul Ezul tadi..bila sampai di tempat itu...bulu roma saya tak semena-mena beremang. Masa tu saya betul-betul pelik, kenapa tempat ni macam tak terurus dan saya amati kawasan keliling, saya lihat macam kawasan orang mengaji, sebab nampak rehal (tempat letak kitab)... Saya istifar, terus ketempat berwuduk..ketika berwuduk, sekali lagi bulu tengkuk saya beremang..saya terus pusing kebelakang, tiada apa-apa yang pelik.. terus saya ambil wuduk dengan kelang kabut,dengan hati tak tenang..selesai berwuduk,saya terus ke tempat kain telekung..agak terkejut bila saya tengok kain telekung bersepah-sepah.. saya terus membebel sendiri..

Saya : haishhh budak-budak ni...dah solat,tak reti nak lipat balik..

Selesai pakai telekung, saya masih rasa tak tenteram, tak tahu kenapa dengan kain telekung yang senteng (pendek) saya pusing-pusing mencari arah kiblat. Masa tu memang tak fikir la kenapa telekung tu macam pendek sebab saya fikir itu telekung kanak2..saya intai tempat solat lelaki, untuk pastikan arah kiblat...setelah betul-betul pasti arah kiblat...saya mula untuk solat..

Dari rakaat pertama saya solat, hati saya betul-betul tak tenteram...masa tu hanya Allah saja tahu..betapa saya rasa takut sangat entah kenapa...solat yg sepatutnya 4 rakaat saya hanya sudahi 2 rakaat sahaja. Dalam hati berkata "Biarlah aku solat balik kat rumah nanti..macam mana nak solat dengan hati mcm ni..."...saya terus cabut telekung..saya lipat, terus saya lari keluar dari tempat itu...

Ketika berdiri di luar kawasan surau, saya nampak Ezul, Sawer dan Aliff baru selesai solat..

Ezol :..eh..cepatnye akak solat..

saya :..ermmm..

Saya tak cakap banyak lalu terus berjalan keluar, dalam hati ni hanya mahu keluar cepat-cepat dari kawasan surau itu. Setelah jarak hampir 5 meter..saya mula bersuara..

Saya : Ezol..tadi akak solat 2 rakaat jer..

Ezol : hah!! apa la akak ni...kami siap qodor zohor lagi tau..

Saya : bukan...hati akak tak sedap la tadi...akak rasa lain macam sangat...sebab tu akak lari keluar dari surau perempuan..

Sawer :..ehhh kak..akak solat kat mana? Sawer tak nampak akak pon kat surau perempuan tadi..(berderau darah saya)

Saya : lahh akak solat kat tempat Ezol tunjuk tadi la..

Sawer :..hah?? Saya lupe nak panggil akak..surau perempuan kat belakang kami je kak..ingat akak tahu...

Terus berubah muka saya, nampak perubahan muka saya..Ezol yang seakan faham perubahan wajah saya..terus mengajak saya kembali ke surau tadi..pada mulanya saya tak mahu pergi semula..Tapi Ezol beriya-iya mahu lihat tempat saya solat tadi..saya pun hanya mengikut mereka patah balik..

Setiba di tempat saya solat..Ezol terus masuk..Ezol menggeleng-gelengkan kepala dan istifar beberapa kali..ezol ketika itu berusia 13tahun..

Ezol:...akak...ni tempat uruskan jenazah la kak...

Rasa lemah longlai badan saya...rupanya,tempat saya berwuduk tadi adalah tempat mandi jenazah. Telekung yang saya pakai pula adalah kain kafan yang digunakan untuk jenazah..hanya Allah saja tahu..saya betul-betul takut dan terkejut..Ezol pula minta handphone saya untuk mengambil beberapa gambar untuk bertanya kepada mama saya untuk sah kan..saya mengaku, saya memang tidak pernah tahu macam mana menguruskan jenazah..jadi saya memang tak tahu apa-apa..setelah Ezol selesai ambil beberapa gambar dengan menggunakan handphone saya, kami terus pulang ke Brunsfield, Shah Alam..

Setiba di shah alam, kami terus pulang ke asrama masing-masing...Memang tidak tenteram hati saya. Hendak mandi, solat, makan semua serba tak kene. Saya periksa semula gambar yang di ambil Ezol tadi...tak ada nampak apa-apa pulak..tiba-tiba telefon dari lobi berbunyi..

Terdengar suara Ezol ditalian.

Ezol : akak..akak turun kat kelas boleh..kami semua tunggu akak kat kelas yer...

Saya : hah..ok2..kejap yer..

Saya bersiap, terus turun tingkat satu...sedang tunggu lif, tiba -tiba bulu roma saya beremang...saya tak fikir banyak terus turun guna tangga..asrama perempuan hanya di tingkat 2...sampai saja di kelas tahfiz..saya tengok muke Ezol pucat...saya tanya kenapa..dia kata tak ada apa-apa..

Menjadi kebiasaan malam isnin, saya akan buat kelas tambahan. Sedang saya mengajar mereka di meja bulat tiba-tiba saya terdengar orang berbisik di telinga saya "DAYAAAH"...saya terus menoleh ke kanan saya tiadA sesiapa, kerna semua student duduk di depan saya...semua student pelik. kenapa saya tiba-tiba berhenti..saya tak tahu nak cakap apa...saya kata "tak ada papa la"..saya sambung pelajaran kami masa tu...5 minit kemudian, tetiba pintu besi kelas kami di ketok dengan kuat sampai saya yang paling tua pon terus lari keluar. Apa lagi la student-student saya masa tu semua pun sampai lari keluar. Saya dan semua student tak nampak apa-apa...sebelah kelas kami, ada kedai runcit...saya tanya kan kepada kakak yang menjaga kedai ketika itu..."KAK..TADI ADA NAMPAK TAK ORANG KETUK PINTU KAMI??"..akak tu kata tak ada orang pulak yang lalu...saya langsung batalkan kelas malam tu...saya ajak semua student tadi kekedai makan berhampiran...ketika di kedai makan...saya terus cerita pada mereka..

Saya :..Sawer..Ezul..(saya tak sebut nama Aliff..kerana Aliff ketika itu baru berusia 10tahun..saya tak mahu dia takut)..tadi dalam kelas ada benda bisik kat telinga akak...

Ezol tiba-tibe terbeliak mata..mungkin terkejut..

Ezol :..sebab tu akak berhenti tibe-tibe tadi ker?? akak..saya pun kene tadi kat dalam kelas masa pergi belakang kelas..

Saya :..Ezol kene apa??

Ezol :..saya rasa ade orang bisik nama saya kat telinga saya..

Ezol kata ketika pulang ke asrama hati dia pun tak tenteram..seperti ada yang memerhatikan dia..sampaikan dia tak berani mandi dalam toilet..dia mandi di tempat mesin basuh (biasa lah kalau rumah condo ade ruang kat dapur untuk letak mesin basuh)..

Kami terus belek-belek gambar tadi..saya ambil berkeputusan untuk delete semua gambar semasa kat surau USJ tadi..setelah saya delete semua gamba tadi..kami berehat sebentar sebelom bawa student-student saya tadi ke lobi dan duduk di lobi sehingga pukul 2pagi nak balik asrama pun saya minta student-student yang hantar...

Sejak padam gambar2 di surau, saya tak lagi di ganggu..tapi kadang-kadang masih terasa ada yang memerhati, setelah pulang ke gombak saya ceritakan kepada mama. Mama terus hulurkan secawan air yasin yang sememangnya sedia ada di dalam rumah. Mama suruh saya selawat 3kali, minum dan tuang sedikit atas tapak tangan dan sapu keseluruh badan..untuk pulihkan semangat katanya...

Tapi sememangnya di bangunan Brunsfield, Shah Alam ni, saya ada dengar cerita macam-macam. Ada satu unit (saya tak pasti tingkat berapa)..terbakar...saya pernah lalu di unit tersebut..memang unit tersebut masih ade kesan kebakaran...banyak juga kes bunuh diri dan macam-macam kes kematian di bangunan tersebut...

5 bulan saya menginap di bangunan tersebut, macam-macam kisah saya dengar...ada yang kata ternampak pontianak di kawasan swiming pool. Kejadian tersebut berulang kali berlaku dan bahagian management terima banyak aduan berkenaan, kawasan tersebut terpaksa ditutup pada pukul 10 malam..

Cerita berkenaan Pontianak di bangunan tersebut, saya sendiri pernah hadapi situasi tersebut ketika itu pukul 4pagi. Saya terima panggilan dari majikan saya supaya buka pintu belakang kelas, sebab anaknya mahu ambil beg untuk jemaah umrah (majikan saya buat dua kerja tahfiz dan travel umrah)... saya kejutkan anak bongsunya (perempuan) untuk temani saya dia tak mahu!!.. Saya tak dapat bayangkan pukul 4 pagi nak saya pergi buka pintu belakang bangunan...adoiiii...dengan berat hati..saya terus turun tingkat satu.. sedang saya tunggu lift tetiba sayup-sayup saya terdengar dengan jelas suara tangisan seorang perempuan..

"Kenapa kau tinggalkan aku...kenapa kau buat aku macam ni.."

Mulanya saya ingat saya mamai tapi suara tangisan itu masih lagi terngiang dan semakin lama semakin kuat..

"Kenapa?? isk isk isk...kenapa kau tak hargai aku?? kenapa kau tinggal aku?? kenapa!!!"tiba-tiba suara itu jadi marah..

"KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI!!KENAPA KAU BUNUH AKU!! HAH!! APA SALAH AKU!!"

Ya Allah...hanya Allah saja tahu perasaan takut saya macam mana...saya tengok lift masih kat tinggat 14, dalam hati ni .."Alamak lama nya la"..nak turun guna tangga..tangga gelap...saya terus capai handphone, saya hubungi teman lelaki saya masa tu memang tak dapat la. Jam pun baru pukul 4 pagi sape nak bangun?? Time macam ni, kalau bom meletop pon, tiada siap akan bangun. Suara perempuan tadi pula semakin lama makin dekat, makin kuat...saya pulak semakin tak tentu arah..nak aje rasanya menjerit "WEI BUKAN AKU YANG BUNUH KAU LA"...lift ketika tu dah sampai tingkat 5...tetiba hati saya jadi takut...takut bila lif terbuka, lain pulak saya nampak....saya cuba kebelakang sikit dari jarak lift tapi saya masih tak berani nak pandang depan lift. Saya hanya pandang bawah je..suara perempuan tu, saya dah tak endah dah..yang saya fikir masa tu hanya ..apa yang nak muncul depan saya bile lift tu terbuka...

"TINGGG" ..bunyi menunjukkan liff terbuka..saya masih tidak berganjak masih pandang bawah.

"Hah kau tak nak masuk ke?" suara tu saya kenal sangat, saya terus mendongak Mohsin...anak majikan saya, saya terus ucap syukur dan lari masuk dalam lift.

Mohsin : Kenapa kau ni?? Macam nampak hantu jer..

saya : Memang pon..bukan nampak..tapi dengar...

Mohsin :hahahaha ntah-ntah laki bini gadoh ker? ke kau tertidur sambil berdiri??

Saya memang tahu Mohsin bukan la jenis serius orangnya..suka permainkan apa yang saya cakap...

Saya : Weii.. kau hantar aku sampai tingkat 2 tau..

Mohsin :vtak nak..aku dah lambat nak hantar beg-beg ni ke airport..

Aduh.. macam mana la saya nak balik...akhirnya saya buat keputusan tunggu sampai pukul 7 pagi, bila matahari dah keluar, baru saya naik asrama, saya demam 3hari...mama saya dari gombak datang ke shah alam untuk bawa saya balik dan pulihkan semangat saya...sejak itu tiap kali saya kene bertugas tengah pagi, saya akan minta student-student saya temankan..

Terima kasih sebab ketengahkan cerita saya..salam..

Friday, 25 May 2012

Ilmu Cantik...

Salam utk Memberz MJ12..

Hari ni Aisha nak berkongsi cerita mengenai kawan lama bapak Aisha.. Waktu Aisha 'pasang telinga' kisah ni.. Ini berlaku lebih kurang 10 tahun yg lepas.

Kawan bapak Aisha ni, isterinya berumor jauh lebih tua darinya, mereka mempunyai seorang je anak perempuan, yg ketika tu baru berumahtangga dan tinggal bersama mereka.

Dipercayai di akhir2 waktu itu, isteri kawan bapak Aisha ni mengamalkan ilmu. Tak tau la ilmu apa. Pada masa-masa tertentu dia akan mandi pada tengah mlm, mandi bunga kemudian akan keluar berkemban dgn kain batik. Dgn tidak segan selalu walaupon ada menantu lelaki tinggal bersama. Dia mandi di bilik air dapur.


Seingat Aisha memangla makcik tu cantik org nye, dia dgn anak perempuan nye mcm adik beradik.. Tak mcm mak dgn anak. Kawan bapak Aisha ni pada mulanye kurang pasti akan perbuatan isterinya. Sebab bila dia lakukan itu, pada tengah mlm ketika semua sedang tido.

Lama kelamaan, kawan bapak Aisha nak pastikan la, jadi dia lihat dgn matanye sendiri.. Selepas mandi, isterinye itu akan kunci dirinya di dlm bilik yg lain (mereka tinggal di rumah 4bilik).. isterinya itu tak keluar2 hingga waktu suboh baru dia keluar dan baring semula di katil.

Aisha tak tau la apa jadi tentang mereka suami isteri selepas tu. Yg Aisha tau kesudahan nye dari mak Aisha. Mak Aisha kata isterinya tu telah diceraikan oleh kawan bapak Aisha tu sebab ternampak di siang hari dia membawa seorang lelaki yg sebaya umor menantunye pulang ke rumah dan etc etc...

Wallahua'lam... Itu saje yg Aisha ingat ceritanya, tak tau ilmu ape yg diamalkan. Nauzubillah.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Dari Aisha

Thursday, 24 May 2012

Suster Ngensot?...


Kak Intan ada cerita seram ini berlaku tahun lepas 2011 waktu bulan puasa serentak dgn Hungry Ghost Festival... ceritanya macam ni..

Anak kakak yang pertama Hidayah dgn kedua Hidayu keluar waktu tu seminggu sebelum Hari Raya sebab masa tu anak kak Intan yang kedua nak menyambut ulang tahunnya 21 aug 2011 then masa tu pula anak kakak yang pertama ajak dia keluar waktu malam..dlm sekitar jam 8.30mlm pergi Marsiling lama yang checkpoint beli present adik si ayu... after that anak kakak talifon kakak nak beritahu dia lapar nak pergi causeway sekejap nak pergi Texas nak beli makan masa tu texas baru buka.. kakak setuju tanpa ingat yang bukan bukan ...

Nak tahu tak apa jadi lepas tu dah beli makan semua anak kakak mengadu bila sampai rumah dgn kakak dia nampak kakak cantik mengekori dia balik dari seberang jalan dari causeway Point dia serba hitam rambut panjang sampai kaki tak ada muka mengesot gesot dari belakang ayu my 2nd girl... Hidayah yang sulung ingat dia manusia tapi bila nak masuk garden nak menuju blk balik rumah dia rasa tak sedap hati sangat then bila dia mula baca ayat ayat alquran dan ayatul qursi bila dia pusing belakang mahluk tu dah hilang.. yang kakak terperanjat sangat Hidayah baru ingat kan kakak yang badan dia tengah tak bersih kakak punya mengucap panjang, Allah aje yang tahu apa perasaan kakak masa tu...takut pun ada nak nangis pun ada...Ya Allah


Nasib baik dia habis kat situ aje kalau dia ikut lagi satu hal kasi...tapi kakak bersyukur sangat hidayah pandai jaga diri..dari situ lah sampai sekarang kakak tak pernah izin kan atau benar kan Hidayah keluar malam.. kalau balik mlm pun kalau ada CCA lambat kadang kadang level camp atau school event kakak akan suruh suami yang jemput dari MRT station..
terima kasih..




Sumbangan dari Kak Intan Mariani Mohd

Chan Mali Chan...

Salams semua :) saya nak share cerita terjadi around 8 years back. Saya my sis & bro in law drove up to Penang. Kul 1+am bila tiba di zone Ipoh ada terowong ard 500m before saya perasan ada seorang wanita pakai mcm cheongsam sedang jln tepi rd towards our direction. Yg perasan betul adalah rambutnya disiput sanggul & payung kayu warna green & brown dikepit kat bwh ketiak kiri beliau. Dia jln relax tgk depan, saya toleh kiri my bro in law sedap tido so i tot my sis pun tgh tido kat blakang so i juz ignore. Tiba2 bila my car dah dekat dgn wanita tu, my sis bole bersuara dgn selamba pulak, 'Khai kesian pompuan ni jln sorang2 time gini' Saya lihat rear view mirror pompuan tu stop & turn to look at our direction. Saya nya panic tuhan saja yg tau, saya marah my sis dah brapa x pesan jgn tegur apa2 dgn cool dia tido balik. Menyirap darah saya but the journey to our hotel in penang takder gangguan selamat sampai.


Kita chk in to our rms, wash up & kluar gi cari mkn & thats when strange things started to happen. I drove towards batu ferringhi & ada signage di hotel depan ada promosi for rooms & supper so saya msk lorong tu nmpk hotel besar tapi kat luar nmpk gelap. Bila tiba depan lobby kat dlm terang benderang. Kami gi kat restaurant dan order mkn so sempat bebual dgn manager abt hotel tu baru di renovate sebab tu ada promosi but bila saya ckp yg hotel ni nmpk gelap dari luar he gave me a worried look & smile. Tak pk apa2 mkn dtg kita sebat, lepas mkn tgh rilek minum kopi.......

My sis suruh temankan gi toilet so saya wait kat luar pintu, a few mins later saya dgr my sis bebual kat dlm toilet it goes like tis' hi, u hav a nice coloured lipstick. No its ok i hav mine. K goodnite, nice meeting u.' Den saya dgr tap water lepas tu my sis kluar dia tanya Khai cute kan tat chinese lady?? Saya tanya my sis lady mana dari tadi saya tunggu luar takder org yg msk or kluar. My sis ckp waktu dia kat dlm ada pompuan cina ni msk & pakai lipstick & my sis bebual lah pasal lipstick & she offered her to try bila my sis decline dia senyum & said sorry got to go c u nxt time. Yg peliknya hanya suara my sis aje saya dgr. I told my bro in law & he kol e manager & relate to him wat happen. The manager tak look surprise pun & apologise for it, dia kata tats not e 1st time dah byk x perkara ni terjadi til e owner renovate balik e hotel but stil ada benda ni jugak tats why agaknya org2 yg tau story wil skip Hotel M++++++ ni. Lepas tu saya drive gi hotel kita stay, my bro & sis relax kat lobby bebual dgn my cousin yg kerja mlm tat nite. I told my cousin,saya lepak dulu ar kalau dia nak rilek msk aje kat bilik saya. After shower, saya on tv baring til tertido but saya tersedar bila pintu bilik hotel dibuka, saya tgk my cousin, i tot dia nak rileks time brk so saya ckp nak kopi buat sendiri k c u tomoro. Dia angguk kepala n senyum, saya pun tido balik.

Bila saya bgn pagi, cermin mata yg saya pakai tadi dah terletak kat atas meja, tv & lampu tertutup of which saya ingat my cousin yg buat. Tgh shower saya rasa pedih kat dada bila saya lihat ada 3 garis bekas calar yg masih merah kat dada saya. Darah hot betul dgn my cousin tapi pk balik apa hal dia nak buat gitu. Saya salin & mit up my sis for brkfst. Sampai aje bro in law marah tanya apasal saya letak kerusi belakang pintu masuk bilik hotel dorang bila dia terpaksa tolak kuat. Saya suruh dorang tenang i kol my cousin suruh duduk skali kebetulan shift dia baru abis.

1st saya tanya my cousin tadi dia ada masuk my bilik tak of which dia kat tidak sebab dia sibuk byk org chk in pagi tu. I told dem wat happened & show kesan calar yg luka tu. Den saya xplain kat my BIL, mcm mana saya nak msk bilik dia as my access card is for my room only & saya takde kuasa nak play prank on dem pagi2 buta. Terdiam semua yg kat meja tu den I ask my sis ingat tak pompuan yg tegur kat highway tu. My sis ckp mmg tat time dia tertido tapi ntah mcm mana dia tersedar nmpk pompuan tu senyum kat dia but lepas tu saya marah dia tido balik. Den saya suruh dia ingat betul2 if pompuan jalanan tu sama dgn pompuan kat toilet?? After a few mins my sis cringe & said 'Khai senyum dia exactly e same' !! After that incident saya dah tak drive mlm lagi kalau nak gi holiday kat m'sia :) thanx semua kerana sudi menunggu & membaca :) btw ni story betul2 terjadi bukan rekaan